Pengenalan Nisa’ Malaysia

PENGENALAN

 

Pertubuhan Nisa‘ Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan, NGO yang berdaftar sejak 11 Januari 2010. Fokus utama Nisa’ di seluruh negara adalah dalam aspek kebajikan, kemanusiaan dan kemasyarakatan khususnya melibatkan golongan wanita muda.

 

Nisa’ kini mempunyai rangkaian di setiap negeri di seluruh Malaysia. Keahlian Nisa’ adalah terdiri daripada wanita yang berumur 15 – 40 tahun dari seluruh negara.

 

Visi, misi, dan matlamat Nisa’ Malaysia adalah seperti berikut:-

 

VISI

Menjadi penghubung utama generasi muda ke arah hidup yang lebih baik.

 

MISI

Kebajikan

Kemanusiaan

Kemasyarakatan

 

MATLAMAT

1) Bertindak sebagai pertubuhan yang mampu menyumbang ke arah pemantapan aspek pendidikan agama dan moral di kalangan kaum wanita di Malaysia melalui program-program pembangunan insan.

2) Berfungsi sebagai pertubuhan yang berusaha dan berperanan menjaga kebajikan dan kepentingan kaum wanita di negara ini.

3) Berfungsi sebagai pertubuhan yang bertindak bagi mewujudkan lingkaran komuniti masyarakat khususnya kaum wanita yang mempunyai kesedaran akan kepentingan sistem pendidikan dalam pembentukan modal insan negara.