Selamat Ulang Tahun ke-10 Nisa’ Malaysia!

🎀 SEDEKAD NISA’ MALAYSIA 🎀

Alhamdulillahi rabbil alamin, setinggi-tinggi rasa syukur kita rafakkan kehadrat Allah kerana dgn limpah kurniaNya, pada tahun 2020 ini, telah sedekad keberadaan NGO Nisa’ Malaysia di bumi Malaysia tercinta.

LATAR BELAKANG NISA’ MALAYSIA

NGO ini ditubuhkan dengan semangat hadith yang bermaksud “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi manusia yang lainnya” -H.R. Ahmad

Nisa’ Malaysia aktif menguruskan aktiviti berkaitan dengan kebajikan, kemasyarakatan dan dakwah yang memberi fokus kepada golongan wanita, remaja dan kanak-kanak. Sejak sepuluh tahun yang lalu, para sukarelawan Nisa’ Malaysia terus melangkah dan menyemai bakti buat segenap lapisan masyarakat dan serata negeri.

———–
AKTIVITI & PROGRAM

Antara program kebajikan dan kemasyarakatan yang sering dilaksanakan saban tahun di seluruh negeri adalah program Nisa Small Kindness: I Love School (NSK ILS) dan Nisa’ Small Kindness Ramadhan. Kedua-dua program dibawah nama NSK ini dilaksanakan bermula dengan usaha Nisa’ Malaysia di seluruh Malaysia untuk mengumpul dana daripada para dermawan, samada individu, syarikat atau institusi untuk diagihkan kepada golongan asnaf melalui sumbangan berbentuk kelengkapan persekolahan atau makanan asas.

Selain itu, Nisa’ Malaysia juga sering menganjurkan program berbentuk pembangunan modal insan dan mendekati golongan remaja dengan pelbagai program motivasi dan pengisian yang menarik dan membangun jiwa muslim dan muslih.

Golongan wanita muslimah juga sering didekati dan disajikan dengan kuliah-kuliah agama yang sangat berkait rapat dengan wanita islam seperti kuliah fiqh mar’ah dan program seumpama Purple Hijab Day.

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, mengizinkan Nisa’ Malaysia terus mengorak langkah melakukan kerja-kerja kebajikan dan dakwah. Semoga segala penat lelah para penggerak dipandang Allah dengan penuh rahmat dan diganjari pahala disisiNya.

———–
PENGHARGAAN

Justeru, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penggerak Nisa’ Malaysia’ diseluruh Malaysia. Buat semua pihak yang telah banyak membantu dan menyokong perjalanan turun naik Nisa’ Malaysia’ dalam melaksanakan dan menjayakan aktiviti dan kebajikan dan dakwah. samada dari sudut kewangan, mahupun tenaga dan idea. Jazakumullah khairan jaza’.

Susah payah dan sokongan semua amat bermakna dan terukir indah dalam sedekad usia Nisa’ Malaysia. Ayuh terus bersama Nisa’ Malaysia untuk kita menghulurkan tangan membantu lebih banyak jiwa.

Kebajikan, Kemanusiaan, Kemasyarakatan

“Penghubung Generasi Muda”

Nisa Malaysia 💜
2010-2020

#kitasemuaNisaMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *