Nisa’ Tambun Anjur Program Motivasi Bersama Pelajar

TAMBUN, 29 APRIL: Ahli jawatankuasa (AJK) Nisa’ Tambun telah mengadakan program motivasi Nisa’ You’re Precious bersama pelajar di SMK Kg Dato’ Ahmad Said dengan jayanya pada 26 April yang lalu.

Sesi motivasi yang melibatkan pelajar tingkatan satu dan dua dimulai dengan pengenalan pertubuhan Nisa’ Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Nisa’ Tambun, Amira Husna Binti Mohamad Norhisham.

Turut diundang, Penasihat Nisa’ Tambun, Nuradila Mohd Kamal sebagai penceramah bagi bagi mengupas topik berkaitan jauhi zina sebagai salah satu pengisian sesi motivasi dari Nisa’ Tambun ini.

Beliau menekankan kepentingan memelihara maruah diri sebagai seorang wanita sejurus menitip pesanan agar semua pelajar memelihara batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagai salah satu usaha memelihara diri.

 

Tegasnya, Allah SWT telah menegah di dalam Al-Qur’an supaya mengelakkan segala perbuatan yang boleh menjerumus kepasa penzinaan yang akhirnya akan menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyakarat yang kian membimbangkan saban hari.

Hasil ramah mesra bersama pengetua sekolah, Puan Hajah Arpah Ismail beliau berharap agar lebih ramai pihak dan NGO cakna dalam isu keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat agar dapat membantu pihak sekolah khususnya dalam membendung masalah sosial yang semakin berleluasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *