Perutusan Tahun Baru Nisa’ Malaysia

Perutusan Tahun Baru Nisa’ Malaysia

Alhamdulillah. Tahun 2018 hampir melabuhkan tirainya, kini tahun 2019 akan muncul dengan semangat dan azam yang baru untuk kita semua. Jadikanlah tahun baru ini sebagai tahun yang lebih bermakna untuk mencapai kecemerlangan.

Justeru dengan kemunculan tahun 2019 ini, suka untuk saya berpesan kepada semua supaya sentiasa memperbaiki niat dalam setiap pekerjaan. Kekalkan keikhlasan dan bersungguh di dalam segala pekerjaan. Ini adalah kunci kecemerlangan.

Sebagai umat Islam khususnya, marilah sama-sama kita meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Pohonlah keampunan atas kesilapan lalu dan berazam untuk terus menjadi hamba yang terbaik.

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ

“Ya Allah, kami mohon ampunan kepadaMu dan limpahkanlah kesejahteraan agama dunia dan akhirat”

Selamat Tahun Baru 2019

Puan Wan Nur Syahirah Wan Mohamed Sabri
Pengarah,
Nisa’ Malaysia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *