Hari Kesihatan Mental Sedunia

[Hari Kesihatan Mental Sedunia]

Tahukah anda, 10 Oktober merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia? Sambutan ini diadakan setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental.

Kesihatan mental adalah perkara paling penting untuk dititikberatkan sama ada bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Ia sangat berkait rapat dengan masalah sosial yang berlaku hari ini seperti kemurungan, stress dan sebagainya.

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami masalah kesihatan mental ialah:

1. Mudah marah/meradang.
2. Keresahan yang teruk.
3. Kerisauan yang berlebihan.
4. Letih/lesu.
5. Masalah tidur (susah untuk tidur / terlalu banyak tidur).
6. Perubahan selera makan.
7. Perubahan personaliti yang ketara.
8. Tingkah laku yang agresif.

Manakala, antara faktor yang mempengaruhi kesihatan mental ialah:
1. Cara/corak asuhan seseorang.
2. Tahap pendidikan.
3. Agama dan budaya hidup.
4. Pengaruh persekitaran.
5. Kesihatan mental.

Justeru, jika anda atau orang sekeliling anda mengalami masalah ini, sila bertindak segera bagi mengelakkan ia semakin parah.

Nisa’ Malaysia dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia buat seluruh rakyat Malaysia terutama kaum wanita. Ayuh sama-sama kita membudayakan gaya hidup sihat.

#nisamalaysia
#connectingyouth
#worldmentalhealthday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *