Selamat Hari Wanita Sedunia | 8 Mac 2018

Nisa’ Malaysia mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua kaum hawa di Malaysia. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian berbuat durhaka kepada ibu-ibu kalian, mencegah dan meminta serta mengubur anak perempuan hidup-hidup.”

(HR. Bukhari: 5975, Muslim: 593)

Berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita. Islam begitu memuliakan wanita dengan mengangkat darjatmu melalui kalam Allah dan lisan Rasul-Nya. Kerana dirimu begitu berharga.

Wanita, insan yang berjiwa kental, yang penuh kesabaran.
Hati yang penuh keikhlasan.
Wanita bisa menjadi anak, isteri dan ibu. Malah pendidik ummah.

Maka, hargailah dirimu dengan memelihara auratmu dan menghiasinya dengan akhlak yang baik. Benarlah tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Dr. Fitri Nurul’Ain Nordin,
Pengarah,
Nisa’ Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *