Hari Wanita 2018 Dan Purple Hijab Day Nisa’ Pulau Pinang

 

Assalamualaikum.

Sempena Hari Wanita 2018 ini Nisa’ Pulau Pinang ingin mengajak para wanita sekitar Pulau Pinang untuk bersama-sama meraikan Hari Wanita 2018 dan kempen Purple Hijab Day anjuran MYDIN Mall Bertam, Nisa’ Pulau Pinang dan PAPISMA Pulau Pinang.

Sahabat sekalian marilah kita bersama-sama mengambil ibrah dari kisah 5 orang wanita dambaan syurga iaitu Khadijah, Fatimah, Aisyah, Asiah dan Maryam.

Contohi keikhlasan daripada Aisyah,
Belajar kesucian daripada Maryam,
Pelajari ketabahan daripada Fatimah,
Teladani kesetiaan daripada Khadijah,
Ambil pengajaran kesabaran daripada Asiah.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah

⚫ Kerana Dirimu Begitu Berharga bersama Dai Humaira
10.30 pagi – 11.30 pagi

⚫ Minda Bahagia Hidup Sejahtera oleh Pn Suri, Dr Nazirah dan Dr Nadia dari PAPISMA Pulau Pinang
11.30 pagi – 1.00 tengahhari

⚫ Talk Wanita dan Jenayah oleh Pegawai Polis Kepala Batas
2.30 petang – 4.30 petang

⚫Booth Purple Hijab Day
1030 pagi – 600 petang

Butiran seperti berikut:-

Tarikh : 11 Mac 2018 (AHAD)
Masa : 1030 pagi – 6 petang
Tempat : MYDIN Mall Bertam, Pulau Pinang

Jangan lepaskan peluang ini. Save the date. InsyaAllah jumpa semua nanti!

#ConnectingYouth
#PenghubungGenerasiMuda
#NisaMalaysia
#NisaPulauPinang
#PurpleHijabDay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *