Overweight Issue

Jom Amalkan Gaya Hidup Sihat

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya menjelaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mengubah gaya hidup mereka kepada rutin pemakanan yang lebih sihat susulan peningkatan kadar obesiti di negara Malaysia.

Menurut gambarajah yang di atas, Malaysia berada di tangga teratas penghidap obesiti di Asia Tenggara diikuti Thailand dan Singapura. Justeru, hanya dengan pengamalan gaya hidup yang sihat mampu mencegah pesakit obesiti daripada terkena penyakit berbahaya seperti serangan jantung,strok dan lain-lain.

Bagaimana ingin mengamalkan gaya hidup sihat? Jom ikuti beberapa tips ini

1)Pemakanan yang sihat
Pengamalan makan secara sihat dan seimbang memberikan tenaga yang sepatutnya kepada tubuh dan mengelakkan kegemukan. Rakyat Malaysia mesti mengurangkan kadar gula dan garam dalam badan,serta mengelakkan makanan yang berkolestrol tinggi seperti makanan bersantan. Ubah gaya masakan, ubah juga menu yang dipesan. Hal ini kerana, gula yang berlebihan menyebabkan mudah terkena penyakit diabetes, dan garam yang berlebihan menyebabkan penyakit darah tinggi.

Amalkan juga minuman air kosong yang banyak kerana badan akan terhidrasi dengan baik serta menjadikan sistem badan berfungsi dengan lebih baik.

2)Persekitaran dalam keadaan bersih
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya Allah mencintai orang yang suka bertaubat dan orang yang menyucikan diri
Islam juga sangat menggalakkan umatnya dalam keadaan bersih,maka seharusnya rakyat Malaysia memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih. Persekitaran bersih ini akan mencegah manusia daripada terkena penyakit-penyakit tambahan yang lain. Pastikan setiap kedai makan yang kita ingin pergi dipastikan tahap kebersihannya.

  1. 3)Bersenam
    Melakukan senaman secara rutin juga dapat mengelakkan daripada obesiti kerana melalui senaman manusia akan mengeluarkan toksin daripada peluh. Pastikan jadual senaman anda dipenuhi bagi memastikan kehidupan seharian anda menjadi efektif dan bertenaga. Senaman akan melancarkan perjalanan darah dalam badan dan menjadikan anda seorang yang cergas dan produktif. Apabila kurang senaman,tubuh akan lesu dan melambatkan otak dalam berfikir.

4)Mendapatkan nasihat doktor
Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor sama ada di klinik ataupun hospital. Doktor akan membimbing bagaimana menjadikan hidup lebih berkualiti dengan amalan gaya hidup yang sihat.

Nisa’ Malaysia menyeru agar semua rakyat Malaysia lebih menekankan aspek pengamalan gaya hidup yang lebih sihat, kerana kesihatan adalah aset terpenting di dalam tubuh. Apabila tubuh sihat, maka kita akan memberi manfaat yang banyak kepada orang sekeliling dan begitulah juga jika sebaliknya. Jadi,jom amalkan gaya hidup yang sihat melalui tips yang diberikan.