Pelajar OKU Antara Penerima Sumbangan Nisa’ Melaka

Oleh : NFarhana Mohammad

Program “I Love School” anjuran Nisa’ negeri Melaka yang diadakan pada 3 Disember lalu telah mengembirakan ibu bapa dan peserta program.

Menurut wakil pimpinan 3N Nisa’ Melaka, Saudari Shafwah, program yang diadakan di Mydin MITC, Ayer Keroh, Melaka pada Ahad lalu turut membantu mengurangkan beban keluarga.

” Nisa’ Small Kindness I Love School sangat membantu mengurangkan beban keluarga untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak”.

“Riak wajah gembira terserlah pada wajah ibu bapa dan anak-anak apabila dapat membeli keperluan sekolah,” ujarnya ketika mengulas perjalanan program yang telah meraikan 46 orang peserta yang terpilih.

Selain mendapat sambutan yang hangat dari penerima sumbangan, ibu bapa dan sukarelawan yang bertugas, peserta yang baru 4 hari berkhatan juga turut serta untuk memilih kelengkapan persekolahannya untuk sesi 2018.

“Ada peserta yang baru berkhatan beberapa hari lepas tetap hadir bersama datuk dan neneknya. Peserta tersebut merupakan yatim piatu yang dijaga oleh datuk dan neneknya,” katanya ketika menceritakan kisah seorang peserta istimewa yang juga pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

Pelajar yang terpilih menerima sumbangan berpeluang membeli-belah dan memilih sendiri barangan keperluan sekolah bersama-sama Nisa’ Melaka semasa program yang berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 1 petang pada hari berkenaan.

Nisa’ Melaka juga berharap agar program seperti ini dapat membantu lebih ramai pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *