“Saya Sangka Ini Hanyalah Program Explorace”

                                                            “Saya Sangka Ini Hanyalah Program Explorace”

Projek NSK: I Love School 2018 peringkat Negeri Sembilan telah berjaya membantu seramai 39 orang pelajar membeli kelengkapan sekolah.

Program yang berlangsung di Mydin Seremban 2 Disember lalu telah dijayakan oleh para sukarelawan Nisa’ Negeri Sembilan dan pelbagai pihak termasuk staf Mydin.

Ketua Nisa’ Negeri Sembilan, Puan Bidayatul Hida semasa dihubungi menyatakan penghargaan beliau kepada semua yang terlibat.

“Nisa’ Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil Nisa’ Malaysia yang hadir menjayakan ILS Negeri Sembilan.

“Sekalung penghargaan juga buat pengurusan Mydin dan semua staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya.

Beliau dalam masa sama berkata, bantuan yang dihulurkan semua pihak sangat dihargai. Keterujaan para penerima sumbangan turut dikongsi dan berharap program itu berterusan pada masa akan datang.

Mengulas lanjut perjalanan program, Puan Bida sempat bercerita pengalaman sukarelawan bersama gelagat para peserta. Ada dikalangan mereka menyangka program yang dianjurkan sekadar explorace dan tidak menyangka dapat membeli belah keperluan sekolah.

“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tidak lupa juga kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan senyuman buat anak-anak peserta ILS yang terdiri daripada para asnaf.

“Mereka sangat seronok sekembalinya dari sesi beli belah. Ada dikalangan peserta yang sangat teruja kerana menyangka program ini hanyalah berbentuk explorace.

“Ini antara pengalaman melucukan yang dialami para sukarelawan. Terima kasih juga kepada para sukarelawan yang menemani para peserta dari awal sehingga mrk menaiki basemula. Terima kasih semua,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *