Nisa’ Perak Rai Pelajar Beli Kelengkapan Sekolah

Oleh: NFarhana Mohammad

Nisa’ Negeri Perak telah meraikan 53 pelajar terpilih membeli barang keperluan sekolah pada 26 November lalu dalam program “NSK, I love School 2018”.

Menurut pengarah Program, Saudari Siti Zafirah Dzulkifli, program tersebut telah berlangsung di Mydin Meru Mall, Ipoh, Perak bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 petang.

Tambah beliau, program tersebut berjaya diadakan bersama beberapa orang sukarelawan lain dan berharap agar lebih ramai pelajar mendapat sumbangan akan datang.

“Nisa’ Perak bersama Nisa’ kawasan berharap dapat membantu lebih ramai lagi anak-anak asnaf bagi persediaan persekolahan akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, Ketua Nisa’ Perak, Nazifah Ahmad Nazri, turut mengucapkan penghargaan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah membantu merealisasikan program ini.

“Sekalung penghargaan kepada NGO yang bekerjasama, Pertubuhan Kebajikan Wanita ERAT Perak, Projek Beg Sekolah dan  Pasaraya Mydin sendiri. Mereka banyak membantu dalam I love School Perak baru-baru ni,” ujarnya.

Selain itu, beberapa aktiviti lain turut diadakan seperti ucapan dan gimik perasmian oleh wakil Nisa’ Malaysia, deklamasi sajak dan slot motivasi oleh Pengerusi NGO PRIHATIN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri.

 

Antara pelajar yang terpilih menyertai program “NSK,I Love School”
Ajk Nisa’ yang turut membantu semasa program berlangsung
Sukarelawan bergambar bersama-sama pelajar
Bergambar bersama-sama Pengerusi NGO PRIHATIN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *