Resolusi Kongres Wanita Sejahtera

1. Agensi-agensi kerajaan yang berkenaan perlu mengadakan dan mewajibkan program pendidikan kekeluargaan yang berterusan kepada pasangan yang berkahwin. Contohnya:
i. Kursus Rumahtangga berperingkat
ii.Modul Pengurusan Kewangan
iii. Modul Keibubapaan
iv. Modul Keintiman Pasangan

2. Pihak kerajaan dicadangkan agar memberikan insentif perkahwinan untuk para duda berkahwin dengan ibu tunggal dan anak dara lanjut usia.

3. Agensi kerajaan yg berkaitan diminta agar mewujudkan ujian saringan masalah kesihatan mental sebelum berkahwin.

4. Kementerian yang berkaitan perlu mengkaji semula had undang-undang waktu bekerja – terutamanya yang waktu kerja lebih masa.

5. Pihak kerajaan disarankan agar memberi pengiktirafan dan insentif kepada majikan yang menekankan keseimbangan kerjaya dan keluarga.

6. Untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara kerjaya dan rumahtangga, sokongan pelbagai pihak amat penting, ia perlu diperkukuhkan dengan polisi yang mapan untuk dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

7. Pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan bajet yang munasabah dalam menyediakan prasarana yang dapat meningkatkan tahap pendidikan kanak-kanak dan remaja serta membudayakan ilmu dan kemahiran di kalangan mereka.

8. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan menguasai ilmu pengurusan kewangan agar mutu kehidupan lebih bernilai serta bebas dari belenggu hutang.

9. Pihak kerajaan mesti memperhebatkan penyertaan kumpulan-kumpulan mewakili golongan rentan dalam proses membuat keputusan dan politik.

10. Semua NGO wanita perlu memperkasa jaringan hubungan dikalangan penggerak masyarakat bagi pembinaan masyarakat madani.

11. Wanita perlu melibatkan diri dengan NGO sebagai usaha untuk melahirkan wanita yang proaktif dan berguna kepada masyarakat dan negara.

12. Wanita muda perlu menyokong usaha-usaha memajukan kaum perempuan daripada sudut agama, ekonomi, pendidikan dan politik.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *