5. Cabaran Wanita berkerjaya

SHAH ALAM, 18 November 2017- Isu wanita bekerjaya antara topik hangat yang dibincangkan di dalam dewan Kongres Wanita Sejahtera hari ini.

Antaran persoalan yang dikupas ialah keseimbangan kerjaya dan keluarga, penjagaan kanak-kanak, keberhutangan mengatasi kemampuan, ganguan seksual di tempat kerja serta kurangnya pembuat dasar di Malaysia.

Dr. Uzaimah Ibrahim mewakili International Muslim Women Union (IMWU) – Malaysia berkata, statistik tenaga buruh di Malaysia September tahun ini sebanyak 67.9% kadar penyertaan tenaga buruh manakala kadar pengangguran sebanyak 3.4%.

Menurutnya, konflik wanita bekerja yang majoriti dialami adalah penjagaan anak-anak.

“Pusat Jagaan Kanak-Kanak perlu sentiasa dikawal selia, menepati ciri keselamatan dan kebersihan perlu diutamakan agar ibu bapa yang menghantar anak di pusat jagaan tidak runsing dan sentiasa memikirkan kondisi anak mereka.

“Sektor kewangan dalam institusi keluarga antara faktor yang penting untuk menjamin keluarga sejahtera. Data Bank Negara Malaysia (BNM) 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan terdapat trend permohonan pinjaman menjelang Hari Raya Aidilfitri. Antaranya pinjaman pembelian kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi,” tegas beliau.

Dr Uzaimah berpesan kepada peserta agar bijak berbelanja dengan tidak melebihi keperluan, berhemah dan tidak boros dalam urusan pembelian seharian.

👍Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *