9. Jangan Anggap Keganasan Rumah Tangga Perkara Biasa

SHAH ALAM, 18 November 2017 – Wakil Pertubuhan MyHawa Malaysia, Puan Fairuz Idris telah mengupas mengenai keganasan rumahtangga dan penderaan kanak-kanak yang semakin hari semakin meningkat di Malaysia.

Dalam pembentangan beliau, Puan Fairuz berkata pelbagai kes baru dipaparkan sama ada melalui media cetak ataupun media sosial.

Hal itu katanya menjadi viral selepas ditayangkan di berita semasa dan ditularkan menerusi facebook.

Puan Fairuz berkata, penderaan kanak-kanak seperti penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosi dan pengabaian tanggungjawab oleh ibu bapa dan penjaga sering diperkatakan mutakhir ini.

Melihat isu ini berterusan, beliau menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan masalah itu berlaku.

“Antara punca yang dikenalpasti ialah keluarga dihimpit kemiskinan dengan jiwa kosong dan masalah kewangan yang sangat kritikal.

Selain itu, beliau turut memetik Hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud ‘Barangsiapa diberi amanah oleh Allah untuk memimpin, lalu ia mati (sedangkan pada) hari kematiannya dalam keadaan mengkhianati amanah itu, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya’.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *