8. Ketagih Media Sosial Selubungi Anak Muda Kini

SHAH ALAM, 18 November 2017 – Kencenderungan dan ketagihan siber mengundang masalah mental seperti tekanan emosi, keresahan dan kemurungan.

Arijan Najihah Muhamad Lazim dari Pertubuhan Nisa’ Malaysia berkata, majoriti rakyat Malaysia menggunakan medium sosial melebihi 7 jam sehari.

Ekoran itu katanya, masalah tersebut menjadikan ketagihan serius dan semakin meruncing kepada anak muda zaman hari ini.

“Media baru yang lain juga seperti Instagram, Twitter, WeChat, Whatsapp dan sebagainya turut memberikan kesan negatif terhadap pengguna jika tidak mengawal had masa.

“Pengguna boleh leka dengan gambar dan video yang semborono terpapar di skrin telefon bimbit.

“Kesan ketagihan siber ini menyebabkan keletihan, mata terdedah dengan cahaya yang tanpa henti, melalaikan, leka dengan bahan bacaan yang tidak berfaedah dan menjejaskan kesihatan jantung,” ulas beliau.

Selaku wakil NGO Wanita Muda, Cik Arijan mencadangkan beberapa solusi bagi menangani masalah ini berterusan.

Antara cadangan yang diutarakan ialah menghadkan penggunaan internet dalam sehari, menggunakan medium media sosial ini untuk tujuan kebaikan dan tidak menyebarkan khabar angin dan maklumat palsu serta menggunakan peluang untuk menjana pendapatan dan menyebarkan kebaikan kepada pengguna.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *