7. Advokasi Buat Golongan Rentan di Malaysia

SHAH ALAM, 18 November 2017 – Kongres Wanita Sejahtera (KWS) turut mengetengahkan kebajikan golongan rentan melibatkan OKU, warga emas, kanak-kanak dan wanita.

Isu ini diutarakan pembentang mewakili Majlis Perundingan Kebajikan dan Kesejahteraan, Tuan Mohammad Faizal Che Yusof.

Beliau menjelaskan bahawa golongan rentan ini seharusnya tidak dipinggirkan.

“Seharusnya semua pihak berwajib dan masyarakat sekeliling bersama memimpin tangan golongan ini, seiring bersama dan terus memberikan sokongan serta dokongan yang padu bagi memberikan sinar dan galakan yang berterusan agar mereka ini dapat merasai kehidupan seperti masyarakat yang lain.

“Setiap manusia ada potensi dan kelebihan yang tersendiri.

“Bakat dan minat ini perlu digilap dan dicungkil untuk memberikan kepuasan diri dan setiap individu ada matlamat dan cita-cita yang diimpikan,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan harapannya agar golongan rentan ini terus mendapat perhatian dan dokongan daripada semua pihak-pihak yang berwajib.

Tegasnya, mereka juga antara aset negara serta bakal memberikan impak bagi membangunkan ekonomi serta bersama memasyaratkan golongan ini menjadi satu komuniti yang berkualiti dan berkepentingan sejagat.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *