6. Wanita Perlu Bijak Mencari Dan Mencipta Peluang

SHAH ALAM, 18 November 2017- Mencari kerja sampingan semasa belajar sangat digalakkan kepada setiap mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kerja sampingan ini penting bagi mendapatkan lebihan duit simpanan bagi menyara kehidupan di kampus dan menabung untuk keperluan masa hadapan.

Wakil NGO Nisa’ Malaysia, Cik Arijan Najihah Muhammad Lazim berkata demikian dalam kupasan beliau bertajuk “Masa Depan Wanita Muda”.

Katanya, mahasiswa perlu memilih kerjaya yang halal pada masa sama tidak menggangu prestasi pembelajaran.

Hal demikian jelasnya supaya mahasiswa/I mampu mengaplikasi kemahiran menjana pendapatan dan sentiasa bijak mencari peluang dalam program di kampus untuk menambah pengalaman dan meneroka cabaran yang baru.

Selain itu, beliau turut menekankan soal kos sarajidup yang menjadi kebimbangan masyarakat kini termasuk generasi muda.

“Kos sara hidup, kos pengajian dan perbelanjaan harian sentiasa meningkat dari sehari ke sehari.

“Justeru, dengan kemahuan dan keperluan semasa yang mendesak, mahasiwa perlu cepat bertindak menyelesaikan masalah kewangan agar tidak dibelenggu dan menjadi halangan sepanjang pengajian,” katanya.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *