10. Wanita Belia Hadapi Masalah Dilema Mencari Pasangan Hidup

SHAH ALAM, 18 November 2017 – Pembentang terakhir Kongres Wanita Sejahtera hari ini telah mengupas masalah dilema memilih pasangan hidup yang membelenggu wanita muda hari ini.

Kupasan tersebut dibentangkan Saudari Arijan Najihah selaku wakil Wanita Muda dari NGO Nisa’ Malaysia.

Beliau menghuraikan beberapa masalah utama belia wanita yang berumur dalam lingkungan 18-30 tahun serta megemukakan cadangan penyelesaian yang perlu diambil.

Beliau menyenaraikan lima faktor utama masalah tersebut berlaku. Antara faktor utama ialah kerana dilemma untuk memilih lelaki yang bertanggungjawab dan mempunyai kewangan yang stabil.

Selain itu katanya, masalah itu turut terjadi kerana perlu memenuhi permintaan keluarga untuk mencari yang sekufu.

Manakala bagi wanita yang sudah bekerjaya pula menghadapi masalah untuk meninggalkan alam kerjaya apabila sudah berumahtangga (LPPKN 1998)/

Meneruskan kupasan, beliau turut berkata wanita berpendidikan tinggi turut mencabar keegoan lelaki dengan kelebihan yang ada dan masalah malu jika perigi mencari timba turut disenaraikan sebagai faktor masalah tersebut.

Oleh itu katanya, beberapa langkah penyelesaian telah dicadangkan dalam pembentangan beliau.

“Wanita perlu menjaga akhlak dan penampilan dan juga berani seperti Khadijah menyuarakan keinginan melalui medium yang sesuai.

“Manakala lelaki perlu diperkasa agar berkualiti dan dapat menjadi ketua keluarga bukan memenuhi Pusat Serenti,” cadang beliau.

Kongres Wanita Sejahtera hari ini berakhir kira-kira jam 2 petang dengan penampilan istimewa oleh Pendakwah tersohor, Ustazah Norhafizah Musa.

Like & Share Laman MyHawa

https://www.facebook.com/MyHawa.Malaysia/

#kongreswanitasejahtera
#KWS2017
#wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *