Mesyuarat Nisa’ Johor Kali Ke -2 Dan Ziarah Mahabbah

Mesyuarat Nisa’ Johor Kali Ke -2 Dan Ziarah Mahabbah

Alhamdulillah, pada Hari Sabtu lepas, 13 Oktober 2017, diizinkan Allah SWT, AJK Nisa’ seluruh Johor dapat berhimpun dengan penuh kasih sayang seawal pagi lagi sempena komitmen menghadiri Mesyuarat Penuh Nisa’ Johor kali ke-2 sesi 2017-2019.

Mesyuarat kali ini sepakat memilih Simpang Renggam sebagai tuan rumah. Mesyuarat berlangsung dengan sempurna, ringkas tetapi padat. Beberapa perkara juga telah disentuh dan dibangkitkan untuk menambah baik dari sudut pengurusan program, menjana dana dan pelbagai lagi.

Sebelah petangnya pula, Pengerusi Nisa’ Johor, Dr. Ainul Hakimah Karim mengambil peluang menziarahi AJK Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa’ Bakri, Saudari Siti Syafiqah Misman di Wad Kristal, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Saudari Syafiqah merupakan seorang guru dan warden di Sekolah Menengah Islam At-Tanwiriah, Parit Jawa terlibat dalam kemalangan jalanraya pada Hari selasa, 10 Oktober sewaktu dalam perjalanan pulang menghantar pelajarnya ke asrama. Beliau disahkan mengalami kecederaan di tiga tempat di bahagian tulang peha, tulang pinggul dan leher tulang pinggul.

Sahabat-sahaabt yang ingin menyumbang, boleh terus kepada akaun :
Maybank 151418244066
Siti Syafiqah Misman

Sama-samalah kita mendoakan semoga Saudari Nurul Syafiqah cepat sembuh seperti sediakala dan kembali bergerak aktif. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *