Perutusan Maal Hijrah 1439H Nisa’ Malaysia

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1439H NISA’ MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh

Alhmadulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi atas nikmat iman dan islam serta nikmat umur yang masih diberikan kepada kita semua sehigga kini dan bertemu tahun baru awal Muharam. Oleh itu, marilah sama-sama kita renung sejenak apakah yang dimaksudkan dengan awal Muharam.

Awal Muharam secara umumnya dikenali dengan tahun baru hijrah. Tanpa kita sedari, hari ini kita sudahpun memasuki tahun 1439H. Setiap kali tibanya tahun baru, semestinya kita semua akan bermuhasabah terhadap setiap perkara yang telah dilakukan sepanjang tahun lalu.

Marilah sama-sama kita renung sejenak peristiwa besar Hijrah Baginda Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah. Nabi Muhammad S.A.W melakukan penghijrahan tersebut demi sebuah harapan dan cita-cita besar terhadap kelangsungan dakwah islamiah.

Tugas dakwah baginda Rasulullah S.A.W kini digalas oleh kita sebagai ummatnya. Ia merupakan tanggungjawab semua bagi memastikan Islam terus bersinar di muka bumi ini. Justeru, kita diseru bermuhasabah di setiap hari terutama ketika memasuki tahun baru ini untuk mengimbau kembali adakah amanah yang dipikul selama ini sebagai umat Islam dilaksanakan sebaiknya.

Jadi, saya mewakili Nisa’ Malaysia mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya kaum wanita di luar sana. Ayuh bersama kita lakukan perubahan ke arah yang lebih baik sekaligus merealisasikan impian menjadi mukmin yang cemerlang.

Sekian.

Puan Fitri Nurul’Ain Nordin
Pengarah,
Nisa’ Malaysia

22 September 2017 | 1 Muharam 1439H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *