Perjumpaan bersama Sohibus samahah Timbalan Mufti Selangor

Pada 5 september 2017, jam 10.30 pagi- Seramai 5 orang Ajk Nisa Malaysia telah turut sama menyertai misi kunjung hormat Sohibus Samahah Dr Anhar bin Opir, Timbalan mufti selangor yang bertempat di pejabat Mufti selangor,Shah Alam.

Sesi kunjungan hormat bemula dengan pengenalan latar belakang dan fungsi jabatan mufti. Kemudian pengarah Nisa menerangkan latar belakang nisa dan program-program yang dijalankan.

Fokus perbincangan selanjutnya adalah mendapat pandangan SS Mufti berkaitan isu LGBT.

Justeru SS mufti mencadangkan agar nisa memainkan peranan aktif sebagai NGO yg mendapat tempat di hati masyarakat untuk menangani isu lgbt dengan menjadi salah sebuah Ngo berdaftar di bawah Mais.

Perbincangan di akhiri dengan info-info berguna dari SS berkaitan peranan nisa di Selangor khususnya untuk bersama-sama menyuburkan islam.

Nisa malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejabat jabatan mufti atas kerjasama dan layanan yang memuaskan.

 

Wakil Nisa Malaysia

 

Sesi perbincangan bersama Timbalan Mufti Selangor

 

Sesi penyampaian cederahati

 

Sesi bergambar AJK Nisa bersama Timbalan Mufti Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *