Sukan Sea Ke-29 – Selamat Maju Jaya Para Atlet Negara!

Sukan Sea Ke-29 – Selamat Maju Jaya Para Atlet Negara!

Sukan SEA atau dikenali juga sebagai Sukan Asia Tenggara kali ke-29 kini sedang berlangsung dan akan membuka tirai secara rasminya pada 19 Ogos nanti. Sukan SEA kali ini dijadualkan tamat pada 30 Ogos 2017.

Malaysia amat bertuah kerana sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah kali ini setelah 16 tahun yang lalu. Sebanyak 38 acara yang akan dipertandingkan pada kali ini antaranya badminnton, bola sepak, memanah, bola jaring dan sebagainya.

Cogan kata yang dipilih sempena temasya Sukan SEA kali ini ialah “Rising Together” yang bermaksud ‘bangkit bersama’. Frasa yang dipilih oleh ahli jawatankuasa adalah bagi menggambarkan perpaduan negara-negara di Asia Tenggara dan juga sebagai simbolik bahawa Temasya Sukan Kuala Lumpur ini sebagai temasya sukan yang pertama di Asia Tenggara. Ia diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada tahun 2015.

Oleh itu, Nisa’ Malaysia sebagai sebuah NGO yang menghubungkan generasi muda mengharapkan para atlet negara yang beragama Islam dapat bersukan dalam keadaan berpakaian sopan dan berlandaskan syariat seterusnya dapat mengangkat imej Islam dengan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

Kami dengan ini komited menyokong para atlet dalam mengharumkan nama negara dan mendoakan agar Malaysia meraih kejayaan cemerlang. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kita pernah merangkul juara dengan memperoleh 111 pingat emas pada tahun 2011. Maka tidak mustahil kita dapat menjulang kejayaan tersebut untuk kesekian kalinya.

Selamat maju jaya atlet Malaysia!

#bangkitbersama
#sukanSEA
#kamisokong

“Connecting Youth”

Puan Fitri Nurul’Ain Nordin,
Pengarah,
Pertubuhan Nisa’ Malaysia.
17 Ogos 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *